#1 Jakarta on January

Hai!

Rindunya nak menaip kat belog. Fuh fuh tebalnya habuk. Cacing ulat semut pon ada dah macam dalam zoo dah. Mintak maaf lah sb jadikan blog ni macam zoo sebab semester 4 fuhh sumpah tak tipu busy gila. Orang gila pun tak busy macam aku. Nak buat macam mana, jadi student gini lah lumrah hidup. (ayat pasrah)

So, senang nak pendekkan cerita end of January haritu aku pergi Jakarta. Syukur dengan rezeki parents aku, sampai jugak ke Jakarta. kihkihkih walaupun terpaksa langgar semua kelas, presentation. test, quiz semua. Bak kata mama "kalau Myn tak pergi, Myn rugi mama pun rugi sb mama dah bayar tiket, dah book hotel semua." Nampak tak permainan mak aku? Haha.

Dan kalau aku nak masukkan semua gambar dalam satu entry memang jawabnya 4 hari 4 malam korang mengadap entry ni. Aku bersusah payah pilih gambar dan upload kat blog nak kasi korang baca. Dah ada kawan-kawan aku dok sibuk suruh aku upload gambar kat FB mmg lah aku malas. Kalau mama dah upload, akak aku upload lepas tu aku nak upload jugak buat apa. Bukak FB pon tak menyempat. Ceh, konon nak cakap fokus kat study lettew. *muntah hijau*. Belum berlepas ke Jakarta pon gambar dah lebih 50 keping, korang boleh bayang berapa banyak pulak gambar yg aku ada sepanjang aku kat Jakarta tu? Cuti kali ni selama 4 hari 3 malam memang puas. Bak kata orang shopping kat Indon mmg terbaik.

Jakarta, here I come baby!

Mama comel dulu, kini dan selamanya!

Muka happy sebab bag dah check in. Yeayy yeayy! *padahal baru bag je check in, flight lambat lagi. T.T

Untunglah birthday boy celebrate birthday kat Jakarta lepas tu semua tak habis2 nak ambil gambar peluk-peluk cium-cium. Lepas tu letak tagline 'setiap gambar ada lagu'. Bajet Yuna mentang-mentang camera red canon kihkihkih. Sebab takde birthday present so peluk-peluk cium-cium je yang ahkak mampu bagi kau dik. Cukup tak kasih sayang yg ahkak ko dah bagi ni? Mihmihmih :p

Kesian sebab becoming birthday girl takde siapa nak peluk. Nasib baik adik tayang tayang mucuk-mucuk yg sanggup peluk akak dia ni. Tau lah birthday aku lepas balik dari Jakarta tapi aku pon perlukan kasih sayang. Aik? Macam dah lari topik, ok next.

Nak tau tak, gambar ni sebenarnya mmg takde motif pon. Motif sebenar gambar ni ialah kau nampak yg aku dgn adik aku dikurniakan lesung pipit yg auww so sweet! Haha mohon jangan muntah ya kawan-kawan. Nak mendapatkan gambar ni bukan main susah. 'Ha hambik lagi sekali kasi nampak sama2 ada lesung pipit.' Adik aku huntonglah lesung pipit kiri kanan. Ahkak ko ni tak mampu lah. Sebelah kiri ni je pon dah bersyukur. Kihkihkih ok lari topic, next!

Selepas kitorang selamat touched down Terminal 3, Jakarta International airport mmg aii takde masa lah nak amik gambar. Muka semua dah berkilat masing-masing. Memang mintak dihulurkan tilam sebab tak larat lah sangat dah tu. Haha padahal duduk dalam flight tidur je keja ko kan!

Bila sampai hotel, ohmai baby asyuk banget deh gue dapat bilik full mirror. Enggak perlu gaduh sama itu akak adik gue. Aaa nampak tak dah tukar bahasa. Ni automatiklah ni. Dah terbiasa. haha.

Huh serius seronok. Takpayah nak bergaduh kau pakai cermin dulu lepas tu aku lepas tu kau lepas tu aku. Nah hambik mama bg bilik cermin puas ko nak tengok. Haha Tapi tidur malam mengadap cermin itu tak cool ok, seram! Haha

Dan lagi seronok bila dapat bilik air semua cermin lutsinar ya kawan-kawan. Lutsinar tu takpe kawan-kawan, ni takde pintu. Ce kau cite sikit acaner aku nak mandi segala bagai? Haha. Nasib baik sebilik dengan adik dan akak aku. Kau tengok aku, aku tengok kau ok itu perkara biasa. Tapi aku tak paham kenapa dia takd pintu, sedangkan bilik mak aku ada pintu. Design setiap bilik lain-lain eh? Hmmmm.

Jakarta bila malam mmg dah senyap. Tak macam kat Malaysia, pukul 8 tu baru semua nak keluar rumah. So, keesokan harinya semua bangun pagi. Pagi sangat! Tak sabar nak breakfast sebab perut lapar dan tak sabar nak shopping kat Mangga Dua. Tapi bila sampai cafe, semua taktau nak order apa sebab semua nama kok aku ngak tau sih. Kok namanya nasi rames, nasi ayam timbel, nasi pekpek. Kok pelik banget. Waduhh. Lepas tu semua bantai soto ayam. Dah itu je yg tak pelik dan familiar. Tapi bila soto ayam dia sampai je. Jeng jeng jeng...

'Oh, mama lupa nak cakap kat korang kalau kat sini soto ayam dia nasi.' Masing-masing saling pandang-pandang, apa boleh buat makan jelah. Nasi dengan sup ayam mcm tu lah. Tapi sup dia lain sikit. Sedap!

Ayah lapar sangat dah tu sb lagi rela pandang makanan dari pandang kamera. Fine ayah fine. haha

This is so cute kan? Kalau kita kat Malaysia dapat sugar tu dalam paket kecil-kecil tu, tapi kat Jakarta comel je paket sugar dia. Colourful pulak tu. Aku tak guna pon sugar ni tapi hambik banyak-banyak buat simpan dalam bag nak bawak balik Malaysia. Bila org cafe tu tengok, buat bodoh jelah sb kita kan foreigner dan sukahati akulah. Aku bayar. Haha

Muka happy dah kenyang. Juice kat sini superb best! Lebih buah, kurang gula. Kau order mango juice, kalau kat Malaysia dia pakai yg dah siap bancuh tp kat sini, dia blendkan kau buah mangga, Haaa thumbs up baby!

This is cup corn with cheese. Fuhh tau kan cup corn mmg manis. Letak cheese pulak memang boleh disahkan kencing manis T.T

Nampak tak ekspresi muka mama. Manisnyaaaaaa :/

Sepanjang shopping-shopping kat Mangga Dua ni mmg tak keluarkan kamera pon sebab ramai sangat orang lepas tu kat sini kau langgar aku, meh aku langgar kau balik. Pehh, kat Mangga Dua harga semua lai lai lai baik punya. Naik pening tengok. haha

View dari Mangga Dua. Bangunan depan tu pon kompleks yg sama. Dia bercantum. Ha, mcm KLCC, ada bridge kan. Kehkehkeh.Serius sini sesak gila. Jalan raya kat sini bak kata org Indon bagi yg gampang mati sila drive kat sini. Tak main ah undang-undang jalan raya. Puii.

Hai! okbai :p

Dan sepanjang percutian kitorang 4 hari 3 malam tu, makanan yg paling sinonim dengan kitorang ialah nasi padang. Pehhh sedap bhai. Terangkat lah! Kalau hari-hari makan selama sebulan, balik Malaysia tengok naik 4 kilo. Makanan dia semua santan banyak!
Rasanya korang dah termuntah tengok entry aku panjang gila, so mohon sambung episod kedua. Hikhik

BYE :D

THANKS FOR READING