Merepek sebelum tidur

Haiiiii! 

Ha nampak tak semangat dah mariiiii. Nampak macam rajinlah nak update hari-hari. Nampaknya macam tu lah. Tapi korang jangan percaya sangat. Aku ni hangat hangat taik ayam je. Acah-acah update blog, tunggu sikit masa lagi, siaplah aku private kan balik blog ni kah kah kah. 

Aku tukar url blog aku sebabnya url dulu tu hmm macam budak-budak je, maklumlah 6 tahun lepas masa aku buat blog tu aku belum baligh lagi (eh?) hahaha. Since aku kembali menulis, aku tukar url akumasihmenulis, nampaklah macam mak mak sikit. heh.

Jadinya topik malam ni, tak ada topik punnn. Tadi tengah buat assignment, biasalah ngkorang macam tak biasa kan.. Time buat assignment time tu lah nak update blog, time tu nak scroll twitter, nak scroll insta, semua semua nak buat. Lepas tu assignment memang kelaut lah. Bukan kelaut je, karam terus hahaha. Penatlah tau jadi mak sambil tu kau belajar. Penat otak, penat badan.

Bukan mengeluhhhhh...

Tapi apa function aku unprivate balik blog aku kalau aku tak boleh menulis kat sini kan. Helehhh, cakap sikit pun nak condemn. Menyampah! Tapi seronok weh ada anak sebabnya bila kau balik kelas penat penat (penat-separuh-mati-sebab-lecturer-tak-bagi-5minutes-break) lepas tu amik Neeca kat babysitter dengan muka yang tersengih-sengih alahaiiii hilang penat! Cair hati ni. Tu belum cerita kalau aku nak pergi kelas lepas tu hantar kat babysitter, selalunya dia nangis tapi bila kena hari yang hantar lepas tu dia tak nangis pun :( dan dia tersengih-sengih tengok aku nak pergi kelas, aku yang dalam kereta pulak sedih sebab anak aku tak menangis pun tengok aku pergi hahahaha sakai betul.

Macam tu lah jadi mak...

Belum lagi masuk part aku tengah mandi, anak aku kat depan menangis-nangis nak mummy lepas tu 5 minutes kemudian laki aku ketuk pintu suruh bukak pintu kasi Neeca tengok aku mandi hahahaha apa ke pelik aku mandi pun korang nak tengok haaaaaa! hahahaha aduhai macam-macam :')

Lepas tu ada lagi bawak laki aku n Neeca masuk dewan kuliah sebabnya aku nak study, dia nak ikut. Haaa ngkorang ikutlah mummy masuk dewan kuliah. Pergi mana-mana semua nak ikut haha. Masa ni barulah rasa dihargai sebabnya memasing macam tak boleh hidup tanpa mummy :') Time bercinta dulu selalu rasa tak dihargai kan, haa tunggu lah korang ada anak nanti mesti kau menyesal asyik bergaduh je time bercinta sebab rasa boyfriend kau tak layan kau. Bila dah kahwin tak cukup tangan pulak nak melayan sampai dalam bilik air pun kena ketuk pintu nak tengok aku mandi hahahaha!

Banyak pulak nak cerita sampai cerita dalam bilik air pun nak tulis (eh sukahati aku lah. kau apehal nak kecoh!) Dah lah nak tidur, esok ada kelas, doa je aku nak pergi kelas esok k. Risau pulak nanti esok pagi datang saka aku yang malas nak pergi kelas tu hmm memang dari bujang sampai dah kahwin dah ada anak rupanya memang pemalas nak pergi kelas. Taktau bila masa nya yang rajin, asyiklah pemalas je Apa tah nak jadi dengan diri sendiri ni. Baiii!



THANKS FOR READING

1 karut mengarut:

Anys Amyra said...

Hahaha apa masalah kau nak emosi tengah tengah bercerita wakakaka. I lah peminat setia blog you. I takkan kecoh cerita dalam bilik air you. Kikiki mwah!