Rezeki

Kata orang, dunia itu bulat. Bila kau dibawah, sekejap nanti kau pasti ada diatas. Tapi untuk berada diatas, bulat itu harus berpusing, maksudnya kau haruslah berusaha....

Kata orang juga, setiap perkara yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya..

Aku percaya yang semua dugaan yang aku tempuh sekarang ni, pasti ada rezeki yang Allah nak bagi pada aku. Kadang-kadang aku hampir mengalah dan selalu mempertikaikan kenapa mesti aku. Tapi aku percaya yang Allah akan sentiasa menguji hambaNya kerana Dia sayangkan hambanya. Dan Dia tidak akan sekali menguji kita sekiranya kita tidak mampu untuk menghadapi ujian itu. Aku sentiasa pesan kat diri aku yang aku kena kuat, aku tak boleh mengeluh dan aku kena sabar.

Cumaaaaa, aku sentiasa tertunggukan hikmahnya. Teralu banyak dugaan yang aku kena hadap. Sampaikan aku rasa kadang-kadang aku tak kuat dah nak tempuh ni semua. Kadang-kadang aku jadi cemburu tengok kelebihan yang orang lain ada sedangkan aku...... Takpelah, aku tumpang gembira dengan apa yang mereka ada (cuba bersikap positif) dan aku kena sabar...

Rezeki yang Allah nak bagi tu bukan dalam bentuk harta je. Anak itu rezeki, kesihatan itu rezeki, keluarga bahagia itu rezeki dan bermacam lagi.  Rezeki tu ada kat mana-mana, dunia ni luas. Allah itu sentiasa ada untuk aku. Aku cuma kena sabar dan tempuh dugaan ni semua. Sabar...
THANKS FOR READING